Fahami asas ilmu fotografi dengan mudah


Berminat dengan dunia fotografi tapi tak tau mana nak mula? Jangan risau, saya akan terangkan kepada anda.

Ayuh kita mulakan pelajaran asas fotografi kita kali ni. Jom!

Asas ilmu fotografi

Sebenarnya, asas ilmu fotografi ni mudah sahaja. Memandangkan kamera adalah alat yang menangkap cahaya, maka ilmu fotografi pada asasnya adalah ilmu untuk mengawal cahaya yang masuk ke dalam kamera. Betul ke definisi ni? Entah lah.

Jika kamera tak dapat menangkap cahaya yang cukup, maka gambar akan kelihatan gelap.

Sebaliknya, jika kamera menerima terlalu banyak cahaya, maka gambar akan kelihatan cerah. Bagus, bukan? Tak jugak. Gambar yang terlebih cerah akan kelihatan seperti ini:


Seperti yang kita dapat lihat, gambar di atas terlalu cerah sehingga sukar untuk kita mengenal pasti objek-objek dalam gambar tersebut. Keadaan ini dipanggil overexposure. Jadi, adalah penting untuk mengawal jumlah cahaya yang masuk ke dalam sensor kamera supaya gambar yang diambil tidak terlalu gelap dan tidak pula terlalu cerah, tapi just right...

The exposure trinity

Exposure, atau dedahan, adalah jumlah cahaya yang ditangkap pada sensor kamera. Exposure dikawal melalui tiga serangkai iaitu aperture, ISO dan shutter speedKetiga-tiga mempunyai tugas yang sama, iaitu mengawal kemasukan jumlah cahaya, tetapi memberi kesan sampingan yang berbeza. Jika anda dapat faham tiga serangkai ini, maka anda sudah mengusai 90% ilmu fotografi!

Aperture

Aperture adalah ukuran bukaan lensa kamera. Aperture dinisbahkan dengan nilai f. Jika nilai f besar, maka sedikit cahaya yang masuk. Jika nilai f kecil, maka banyak cahaya yang masuk. Contohnya, gambar yang diambil menggunakan f/2.0 lebih cerah berbanding f/8.

Gambar diolah dari: https://en.wikipedia.org/wiki/Aperture#/media/File:Lenses_with_different_apertures.jpg

Namun, nilai f yang kecil, meskipun mampu menangkap lebih banyak cahaya, mempunyai kesan sampingan iaitu, objek yang berada di luar kawasan fokus akan kelihatan kabur. Sekiranya anda tidak mahu ini terjadi, maka anda hendaklah imbangi kemasukan cahaya dengan ISO dan shutter speed pula.

Gambar dari: https://pixahive.com/photo/a-beautiful-sunflowers-flower-image/
Contoh objek di luar kawasan fokus iaitu di sekeliling bunga yang kelihatan kabur akibat nilai f yang rendah.

Nota: kamera telefon pintar lazimnya mempunyai aperture yang tetap, ia tidak boleh diubah.

ISO

ISO adalah ukuran seberapa sensitif sensor kamera terhadap cahaya. ISO rendah, kurang sensitif, maka kurang cahaya yang diterima. ISO tinggi, sangat sensitif, gambar lebih cerah. Akan tetapi, nilai ISO yang terlalu tinggi akan menghadirkan tetamu yang tak diingini iaitu grain, atau denyar.

Gambar dari: https://www.publicdomainpictures.net/en/view-image.php?image=276395&picture=grainy-image-of-a-shadow
Contoh gambar yang diambil menggunakan ISO tinggi. Kelihatan terdapat banyak grain, atau bintik-bintik dalam gambar tersebut.

Shutter speed

Shutter speed pula adalah ukuran masa yang diambil untuk menangkap gambar, contohnya 1/20 saat. Shutter speed yang lama memungkinkan untuk menangkap lebih banyak cahaya, akan tetapi, akan terjadinya motion blur, iaitu keadaan di mana objek kelihatan seperti terseret disebabkan oleh pergerakan. Oleh sebab itu, untuk menggunakan shutter speed yang lama, disarankan menggunakan tripod atau pegang kamera dengan sangat stabil untuk mengurangkan motion blur.

Gambar dari: https://www.pexels.com/photo/blurred-women-dancing-24408990/
Contoh kesan kabur motion blur akibat kamera mengambil masa yang lama untuk menangkap gambar.

Kesimpulan

Jadi, anda boleh bermain dengan tiga serangkai ini iaitu apertureISO dan shutter speed untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan. Dan jika anda menggunakan kamera pada telefon pintar, anda bernasib baik kerana telefon anda sudah mengira dan menentukan aturan mana yang dapat menghasilkan gambar terbaik.

Terima kasih kerana membaca.

Ulasan