Saya memiliki genetik gemuk
Adakah wajar orang gemuk dipersalahkan atas kegemukan mereka?
Apakah semua orang gemuk itu gemuk kerana mereka sememangnya malas, tidak menjaga diri atau mungkinkah terdapat faktor lain yang tidak boleh mereka kawal?
Faktor keturunan (genetik)
Saya tidak memikirkan sangat akan hal ini sehinggalah saya melihat sendiri bagaimana seorang bayi yang hanya minum susu boleh menjadi sangat gemuk. Jika bayi yang baru lahir pun boleh menjadi gemuk, maka ia sudah tentu lah kerana badannya sudah diprogramkan untuk menjadi sebegitu, atau dalam erti kata lain, ia mewarisi genetik gemuk. Betul kan?
Halangan faktor genetik
Sesetengah orang tak mungkin menjadi kurus secara mutlak. Ini adalah satu tamparan yang saya pelajari sepanjang berdiet. Kita boleh nampak kurus dari luar, tapi dari dalam, badan kita masih memiliki peratusan lemak yang tinggi. Jumlah otot kita kurang.
Kerana itu lah peratusan lemak badan adalah ukuran yang lebih penting berbanding BMI. Kerana orang yang mempunyai 10% lemak badan akan kelihatan lebih kurus berbanding orang yang 20% lemak walaupun pada BMI yang sama.
Tapi, tak semua orang memiliki kemampuan yang sama.
Ada orang boleh turunkan lemak badan ke tahap bawah 10%. Ada orang tak perlu berusaha pun, makan macam biasa pun sudah kurus. Tapi untuk sesetengah yang lain pula, nak sampai ke tahap 20% pun sudah sangat payah.
Saya salah seorang yang memiliki genetik gemuk. Walaupun saya berjaya turunkan BMI dari 32 kepada 22, tapi peratusan lemak badan saya masih berlegar sekitar 23%.
Bolehkah orang bergenetik gemuk menjadi kurus?
Ia bukan sesuatu yang mustahil. Tapi ada beberapa perkara yang orang seperti kita perlu ingat.
- Kita tak boleh makan macam orang lain. 🙅🏻
- Jika kita makan secara tidak bertanggungjawab, badan kita akan dihukum lebih berat dari orang lain.
- Tak boleh ikut semua ajakan orang untuk makan. Kerana badan kita yang akan menanggungnya. Berani katakan tidak.
- Untuk turunkan berat badan ke tahap ideal, kita perlu berusaha lebih keras dari orang lain.


Ulasan
Catat Ulasan